01 Februari 2009

Mengapa perlu kawalan imigresen???

Asas kewujudan undang-undang berkaitan imigresen dan pasport adalah bertujuan demi menjamin dan mengekalkan hak-hak warganegara Malaysia. Undang-undang berkaitan imigresen dan pasport adalah tergolong dalam undang-undang jenayah kerana jika dilakukan kesalahan atau tinggalan kepada kehendak undang-undang tersebut akan menyebabkan kerugian dan ancaman kepada kepentingan awam dan kepentingan Negara. Tujuan diwujudkan undang-undang imigresen dan pasport hakikatnya adalah bagi melindungi kepentingan Negara dan rakyatnya dari segi sosial, ekonomi, politik, pendidikan dan keselamatan. Hal ini dizahirkan oleh seksyen 9(1)(a) dan seksyen 9A(1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), iaitu;

Petikan seksyen 9(1)(a) dan 9A(1) Akta Imigresen

9. Kuasa Ketua Pengarah untuk melarang kemasukan, atau membatalkan mana-mana Pas atau Permit.

(1) Walau apa pun terkandung dalam Akta ini atau dalam mana-mana perundangan subsidiari
yang dibuat di bawah Akta ini, Ketua Pengarah boleh-

(a) jika disifatkannya suaimanfaat untuk berbuat demikian bagi kepentingan keselamatan awam, atau oleh sebab apa-apa keadaan ekonomi, perindustrian, sosial, pendidikan atau keadaan lain di Malaysia, dengan perintah, melarang, sama ada untuk tempoh tertentu atau tetap, kemasukan atau kemasukan semula ke dalam Malaysia mana-mana orang atau golongan
orang:

9A. Kuasa Ketua Pengarah menghadkan kemasukan ke dalam Malaysia.

(1) Ketua Pengarah boleh, dengan perintah, jika disifatkannya sebagai suaimanfaat berbuat demikian
bagi kepentingan keselamatan awam, atau oleh sebab apa-apa keadaan ekonomi, perindustrian, sosial, pendidikan atau keadaan lain di Malaysia-

Oleh itu, kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang imigresen dan pasport adalah dikategorikan sebagai jenayah terhadap awam dan Negara, sebagai contoh, kemasukan warganegara asing secara tidak sah ke Malaysia untuk bekerja boleh menjadi ancaman ekonomi yang amat dasyat kepada awam dan Negara. Pengaliran keluar Ringgit Malaysia akibat daripada rakyat asing tersebut mengirimkan wang ke negara mereka boleh menyebabkan ekonomi Malaysia terancam, selain daripada merebut pelbagai peluang yang sepatutnya menjadi hak rakyat Malaysia. Tugas untuk menjamin dan mengekalkan hak-hak warganegara Malaysia daaripada direbut oleh warganegara asing bukan hanya terletak kepada bahu kerajaan, malah rakyat Malaysia dari semua lapisan dan latarbelakang sepatutnya dan sewajarnya membantu kerajaan untuk mengekalkan hak-hak tersebut. Rakyat Malaysia perlu peka dengan kehadiran warga asing di sekitar mereka dan mengambil tindakan untuk menyalurkan maklumat kepada pejabat-pejabat imigresen berdekatan untuk tindakan.
"NEGARA MALAYSIA HAK RAKYAT MALAYSIA"
"UNTUK DIWARISI OLEH GENERASI SETERUSNYA"
"MALAYSIA RUMAH KITA"
"BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGANYA"

4 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan.
Saya ada satu masaalah..saya berkahwin dengan warga indonesia tempuh hari kini saya dalam proses daftar semula pernikahan tersebut di malaysia. Masaalahnya. Sekarang isteri saya over stay di malaysia.. ada cara tak tuan nak buat macam mana? Terima kasih tuan.

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan.
Saya ada satu masaalah..saya berkahwin dengan warga indonesia tempuh hari kini saya dalam proses daftar semula pernikahan tersebut di malaysia. Masaalahnya. Sekarang isteri saya over stay di malaysia.. ada cara tak tuan nak buat macam mana? Terima kasih tuan.

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan.
Saya ada satu masaalah..saya berkahwin dengan warga indonesia tempuh hari kini saya dalam proses daftar semula pernikahan tersebut di malaysia. Masaalahnya. Sekarang isteri saya over stay di malaysia.. ada cara tak tuan nak buat macam mana? Terima kasih tuan. Tambahan lagi isteri saya sedang mengandung..

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan.
Saya ada satu masaalah..saya berkahwin dengan warga indonesia tempuh hari kini saya dalam proses daftar semula pernikahan tersebut di malaysia. Masaalahnya. Sekarang isteri saya over stay di malaysia.. ada cara tak tuan nak buat macam mana? Terima kasih tuan. Tambahan lagi isteri saya sedang mengandung..